![]() ![]() ![]() ![]() |
Penulisan Artistik Uitm Puncak Perdana
Tuesday, 27 September 2016 | 03:05 | 0 complaints
![]()
Assalamualaikum warahmatullah
![]()
"Ambik course apa?"
"Artistic Writing. Em, Penulisan Artistik." ![]()
Actually baru je lepas sem 1. Alhamdulillah, everything was fine. Belajar kat sana fun and santai sangat sangat. But well, time hujung hujung sem tu busy sikit laa. Busy dengan assignment, final project, and event. Kalau korang aktif, memang busy tahap patah tulang lahh!
Kos ni dibawah Fakulti Filem Teater dan Animasi (FiTA). Selain daripada kos Penulisan, dalam FiTA ada banyak lagi kos antaranya Skrin, Management, Teater dengan Animation. Dekat sini, setiap kos kena bekerjasama diantara satu sama lain. Sebab aktivitinya berkaitan yang amat. So kena help each other la giteww
![]()
Okay yang ni agak penting. Untuk sem satu, ada 7 subjek yang kena pulun. Antaranya;
Subjects listed; dah saya asingkan mengikut kehendak UiTM, FiTA and Writing course.
Maksudnya semua student UiTM kena ambik subjek BI, Agama and Koko.
While untuk semua student FiTA, kena ambik Arts and Applied Language.
The rest, memang writing student punya subject. Clear?
![]()
Subjek ELC (BI) untuk sem1 senang, inshaAllah. Lebih kurang macam BI SPM. Cuma, lebih kepada Listening and Speaking. Tak hard sangat pun. Time exam nanti just jawab soalan subjektif macam SPM.
CTU (Fundamental Of Islam) pulak belajar basic pasal agama. Exactly like Pendidikan Islam, Syariah, Tasawwur Islam, Quraan Sunnah time SPM. For non Muslim, tak perlu ambik subject ni.
Visual Arts.... Okay subjek ni santai je. Belajar pasal colour, maksud and prinsip arts, pastu kena lukis lukis, mewarna. Kalau assignment kena reject, mohon bertabah. Sebab buat arts ni leceh sikit. Kena bersungguh sungguh. Follow je arahan lecturer. Apply lecture dia dalam kita punya work. Pasti berjaya! Em
Applied Language subject paling aku tak minat. Sebab? Belajar definition, sejarah, pasal Film, Theater and Management. Boring gila. Lagi lagi time presentation week. Memang tido jela kahkah. Tapi kalau minat maybe senang jee subject ni.
Introduction to Writing ni tak belajar banyak pun. Just tahu format nak buat script, and essay. Nthen ada presentation sikit. Make sure presentation kena gempakk. Lecturer ni seriously lokek markah. Tapi sesungguhnya dia baik. Dont worry. Oh selain tu, kena tengok movie then buat Film Review. Film Review benda paling UGH sekali. Sebab lost, taktau nak goreng apelagi dah. Nthen kitorang ada assignment, jumpa penulis luar untuk interview and karang essay pasal penulis tu.
![]()
Language Style ni pula, belajar Gaya Bahasa and Bahasa Klasik. Class ni pun santai. Kadang kadang lecturer suruh tengok movie and cari words yang dia minta berdasarkan apa yang dah belajar. Senang gila. Semua activity yang dia suruh PLEASE buat betul betul. Itu semua carry marks. Mula mula, ingatkan activity yang disuruh tu exercise suka suka je. Rupanya ada marks. LOL. Untuk final project, kitorang kena buat event Pesta Warisan Melayu dan Pertandingan Pantun. Event tu from A to Z kena handle sendiri. Lecturer just arahkan and bantu sikit sikit je. That time memang penat gilaaaa FUH
Ohya koko. Koko ni ada pilihan. Kesatria, PBSM and Bomba. Untuk sem 1 ada tu je. Next sem ada pilihan lagi banyaak. Saya ambik Kesatria. Hm kalau tak suka berkawad, jangan ambik Kesatria. Tapi Kesatria ni senang gila nak dapat markah. Nthen dia takde assignment macam yang lain. Just jaga kehadiran and berkawad jee setiap minggu.
![]()
Btw, setiap sem berlainan course. List subjek kat atas ni untuk sem 1 je. Sem seterusnya belajar benda lain pulakk. Mungkin lebih mencabar.
Final exam untuk part 1 ni, 2 subject je. ELC and CTU. Subject lain semua total marks dari korang punya assignmentsss.
Diploma untuk course ni, ada 5 sem. 2 tahun setengah je inshaAllah. Rasa tak sabar nak gred! InshaAllah gred on time. Amiinnn
![]() ![]()
Macam mana kehidupan dekat UiTM Puncak Perdana ni? Not bad. Tapi makanan mahal sikit laa.
Kampus PP ni tak besar pun. Ada dua fakulti je. FiTA, dengan Information Management (IM) untuk degree. Kalau nak pergi class, tak payah penat penat bangun awal. Fakulti dengan Kolej (rumah) seriously dekat. Jalan beberapa tapak je dah sampai class. Cehh!
Kat sini semua ada. Kafe, dining (kantin), kandang (kedai makan), library, makmal komputer, koperasi, mesin basuh, surau, bilik TV, gym, unit kesihatan, klinik gigi, bas rapid KL, court basketball, court badminton, pingpong board. Hah, padang bola sepak je takde HAHA. Alhamdulillah serba serbi lengkap even tak sebesar kampus UiTM Puncak Alam, Shah Alam, dll tu.
Kalau nak dapatkan kolej setiap sem, kena rajin pergi event untuk dapatkan kupon. Kalau taknak kumpul kupon, duduk laa dekat Resak. Resak tu rumah flat sebelah U ni hah. Dekat jee boleh jalan kaki. Tapi bulan bulan bayarla sewa. Duduk kolej ni takyah bayar sewa :p
Event yang dianjurkan ni tak bosan pun. Mostly event dari senior. Diorang buat Teater, buat Screening (tengok short film student), dll. Bessst. Rugi tak join. Please active and don't pasive. Kalau pasif nanti tak famous. HAHAHA
![]()
Okay perihal rumah pulak, setiap blok kolej tu ada 5 tingkat. Please jangan berharap ada lif. Betabahlah menapak :')
Setiap rumah ada 3 bilik tidur and 2 bilik air. Sorry lah tak lawa pun rumahnya. Biasa biasa jee. Tapi, selesa
![]()
Ada 2 bilik tidur yang boleh memuatkan 2 orang. Bilik lagi satu tu 4 orang. Katil double decker. So, satu rumah 8 orang. Serious meriahh! I bet you guys will like it.
Nthen ada bilik ampaian. Ohya, takde dapur :( Mula mula terkejut jugak laa takde dapur. Sinki pun takdeee. Yang ada cuma sinki kat tandas tu je. Hm
P/S : Bawakla cadar and bantal sendiri, dan barang barang yang lain sendiri ya?
![]()
How bout class? Expectation jangan tinggi; dewan besar yang tinggi, decoration 5 star, dll apa semua tu ok? Class kita nanti macam class korang time kat sekolah dulu tu je. Malah lebih simple takde hias hias. Haha haha. Tapi class tu, dekat bangunan fakulti IM. Bukan fakulti FITA punya. Kalau Fakulti FiTA punya class lagi la..... hm. Takpela asalkan selesa and ada aircond xD
![]()
Ohya untuk part 1, awal sem akan ada sesi berkenalan dan aktiviti dengan part 5. Time tu memang penat sikit. Penutup aktiviti ni kena perform. Depan orang ramai tauu. Tapi in group laa. Don't worry it's gonna be fine. Nasib la kalau terkena perform menyanyi ke menari ke berlakon ke. Redah je k? *ceh padahal aku menyumpah gila mendalah perform perform ni. I don't like perform i don't like go practice UGH!*
![]()
Untuk gambaran lebih jelas, search la UITM PUNCAK PERDANA dekat Google Images. Baca blog blog senior yang lain. Sebelum saya masuk sini, '24 hours' saya hadap blog senior. Macam macam cerita ada. Dari kandang sampailah ke bangunan IM yang macam Mydin hahahahaha
Overall, okay jee. Cuma nak pesan, kalau takde passion in writing, jangan datang sini. Nanti korang akan rasa, apebende laa aku buat dekat sini. Sebab dekat sini memang seriously santai gila. Even busy. Lepastu belajar macam.. hm ape benda tah nii. FiTA ni entertainment faculty. Artist? Singer? Actor? Writer? Sana sini bertungkus lumus. CEH. Haa even writing student pun, u should sing, acting, drawing, shooting, dan lain lain! UGH honestly i don't like it.
For girls, sewajarnya elakkan lah benda benda yang tak elok tu. Kita as umat Islam ada gap dia. Jangan enjoy sangat. Behave. Selagi boleh elak, kita elak. Kalau tak boleh elak, jangan terlalu menonjol sangat ok?
![]()
Lets stop here. Thanks for spending your time membaca bebel bebel ni semua. Assalamualaikum!
![]() Kisah SKOLIOSIS
Wednesday, 27 April 2016 | 02:19 | 0 complaints
![]() ![]() ![]()
Tulang belakang senget / bengkok
Tulang belakang berbentuk S / C
Fizikal badan senget dan bengkok
![]()
Lenguh lenguh
Sakit badan
Kalau teruk sangat, boleh sesak nafas ![]()
Time form 3, saya mula perasan badan saya senget. But, takdela senget 'sangat'. Sakit tangan, sakit kaki tu memang kerap sangat. Lenguh lenguh dia, wahhh rasa nak potong potong je tulang temulang ni.
Bila umur dah makin meningkat, posture badan pun dah rasa tak stable. Kerap sakit badan. Plus, time tu tengah struggle dengan SPM, so mula lah terasa stress dengan study. Badan pun terikut stress sama.
Bediri, duduk, baring lama lama pun dah tak boleh sangat. Cepat je penat. Kelakarnya duduk pun boleh sakit. Seriously tak selesa langsung. Especially dapat kerusi yang tak match dengan badan. Hahaa......
![]()
Tahun lepas dengan dua tahun lepas memang tahun 'down' saya hadap skoliosis. Sedih, dah mula terasa sakit menanggung tulang badan. Tengok orang lain semua berdiri lama rileks je. Tsk
Lepastu saya mula rasa tak confident. Rasa macam....
Susah nak explain :')
Yeah, since yang baca ni mungkin pesakit skoliosis, so korang faham lah kut.
![]() Tapi Alhamdulillah, sekarang dah okay sikit lepas dapat treatment dari doktor. Hosp ada bagi pil, so hari hari kena telan. Rasa better laaa. Lenguh lenguh tu still ada, cuma tak sekerap and tak seteruk macam sebelum ni. Plus dah tak rasa stress, sebab tu lah tulang tak meragam. Hahahaha relatable tak?
Hospitaaaaall, pissyoo
![]()
Dekat hospital tu, firstly doktor check sama ada kebengkokan badan saya teruk atau tak. Kalau tak teruk, tak bedah. Biasanya yang teruk ni bila bahu terikut senget. Memang betul betul senget laa macam dalam google tu. Alhamdulillah saya tak teruk macam tu sekali.
Kata doktor, kanak kanak yang ada skoliosis inshaAllah ada harapan untuk tegakkan tulang belakang. Kena rajin buat treatment. Bersenam, and pakai baju khas untuk skolio. Sebab tulang budak budak tengah lembut. Saya remaja, so... tulangnya hampir keras lah kan? Hahaha
Sebarang keputusan, doktor rujuk XRAY terdahulu. Then doktor kira tulang belakang membengkok berapa darjah. Saya punya bengkok 50 darjah. Katanya, kira teruklah juga. Paling tak teruk 20 darjah kebawah. Kalau 40 darjah keatas dah tahap 'agak' teruk. Tapi bergantung pada patient. Well, corak tulang setiap orang tak sama right?
Ok this is mine. Saya punya ni spisis curved and rotate
*actually senget ke kiri, tapi dalam xray dia memang jadi terbalik ;)
Lepas tu, saya dibawa ke pakar fisioterapi. Dekat situ belajar step bersenam, renggangkan badan apa semua. Fun jugak laaa hahaha. Actually kena rajin amalkan senaman. Doktor kata, senaman tu boleh mengurangkan darjah kebengkokan tulang. SO, if tulang nak tegak sikit, kena lah rajin bersenam ikut step yang doktor fisio dah ajarkan. Jangan jadi macam saya ya guys. Pemalas :p
Selain daripada belajar senaman skolio tu, doktor fisio urut urut sikit badan belakang. Mula mula dia panaskan badan dengan cahaya kebenda tah. Bila dah panas sikit, doktor tu urut. Rasa leganyaaa mashaAllah. Katanya cahaya panas tu fungsinya untuk melembutkan tulang. So bila dia nak urut badan, tulang jadi lembut and akan tegak sikit lah kononnyaaaa. Benda ni kalau kita kerap amalkan. Buat sekali urat je memang tak ada perubahan apa-apa.
![]()
Selain daripada rawatan hospital, saya pernah pergi rawatan Islam. Doktor / ustaz tu just urut urut je. Dia urut bukan guna jari tau. Tapi guna siku. Memang berasa urutan dia tu. Sakit, tapi? Best.
Kalau nak ambil rawatan Islam lagi bagus kut. Cuma setiap bulan kena rajin pergi berurut. Untuk tulangnya dilembutkan and ditegakkan. Doktor ustaz tu kata kena rajin bergayut. Alaaa bergayut macam kat playgroud tuuuu. Buka bergayut otp ye guys hahaha
Lepas urut, saya ambil bekam. Mula-mula konon tak sakit. Dah lama sikit rasa macam, kena gigit dengan semut haha. Tapi sekejap je. Esoknya dah tak rasa sakit.
Dah siap bekam, dia bagi minyak untuk sapu dekat badan area tulang bengkok, sekali dengan pil minyak kelapa dara. Nasihat dia, banyak banyakkan makan kurma dengan kacang badam.
Semua sekali kos rawatannyanya berapa? Boleh tahan laaaa. Semua skali dalam rm200+ termasuk bekam. Takpelah, kalau nak sihat, kena lah ada effort sikit. Apa salahnya keluarkan modal untuk kesihatan diri sendiri ;)
So, saya sarankan lebih baik pesakit skoliosis ni pergi buat rawatan segera. InshaAllah, who knows kann dengan izin Allah, ada harapan untuk tegak tulangnya. Especially remaja yang skoliosisnya tak kronik. Lebih baik cepat daripada semakin membengkok. Sebab bila umur meningkat, kita akan meninggi. Masa orang lain tengah sibuk meninggi, kita yang pesakit skolio ni bukan sibuk meninggi. Tapi? Sibuk membengkok!
![]() NASIHAT SAYA!
Pergilah buat rawatan dengan segera.
Rajin rajinkan excercise physiotherapy, makan ubat, jangan buat kerja penat penat dan jangan angkat barang yang berat. Jangan rasa down, lost confident, and stress stress.
Sentiasalah rasa bersyukur. Sebab, penyakit yang Allah bagi ni sekadar ujian. Allah takkan bagi sebarang ujian yang hambaNya sendiri tak mampu tangani. Lagipun, ujian yang Allah bagi ni adalah tanda yang Allah sayangkan kita :')
STAY STRONG SKOLIOSISERSS
![]()
Assalamualaikumm..
![]() |