![]() ![]() ![]() ![]() |
Salam Aidilfitri
Friday, 25 July 2014 | 12:53 | 0 complaints
بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم
Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Maaf salah silap sepanjang kita berukhwah.
Halalkan makan minum dan ilmu yang telah diberi.
Gumawo.
Terima kasih sebab hadir dalam hidup aku.
Even kadang ada yang selalu membahagiakan.
Memeritkan dan juga menjengkelkan.
Semuanya berhikmah.
Semoga kita tetap berukhwah hingga ke akhir hayat.
Saranghae untuk semua ♡
Doa Qunut Nazilah
Thursday, 10 July 2014 | 15:50 | 0 complaints
![]()
بسم الله الرحمن الرحيم
Ya Allah kami letakkan Kamu dibatang leher musuh musuh kami Dan kami berlindung denganMu dari kejahatan mereka Ya Allah hancurkan kumpulan mereka Ya Allah pecahkan pakatan mereka Ya Allah leburkan pendirian mereka Ya Allah musnahkan langkah mereka Cengkamkan anjing ajing Mu kepada mereka Ya Allah yang Maha Memaksa Ya Allah yang Maha Perkasa Ya Allah yang Maha Membalas Ya Allahu Ya Allahu Ya Allah! Yang gerakkan awan Yang tewaskan tentera Ahzab Kalahkan mereka, kalahkan mereka, kalahkan mereka Dan kemenangan untuk kami
امين
Doa Istikharah
Thursday, 3 July 2014 | 18:19 | 0 complaints
![]() بسم الله الرحمن الرحيم ![]()
Ya Allah aku beristikharah dengan ilmuMu
Aku memohon kekuatan dengan kekuatanMu
Dan ku mohon keagungan dengan kurniaanMu
Kerana Engkau berkuasa dan tidak pula aku
Engkau juga mengetahui juga tidak aku
Maha mengetahui yang ghaib
Ya Allah jika ini baik bagiku
Agamaku dan kehidupanku
Juga natijahku selepas ini
Maka tetapkanlah Engkau mudahkanlah
Dan berkatilah aku padanya
Ya Allah jika ini buruk bagiku
Agamaku dan kehidupanku
Juga natijahku selepas ini
Maka jauhkannya dariku
Juga jauhkan aku darinya
Tetapkan aku dengan kebaikan
Sebagaimana yang sepatutnya
Kau jadikanku meredhainya
امين ![]()
For more awesome click here. Must hear ><
Doa Istikharah - Unic
Ramadhan Kareem ♥
| 17:16 | 0 complaints
![]()
♡ بسم الله الرحمن الرحيم. السلام عليكم
It's been a long time tak update blog. Dah berkurun agaknya. *amboi*
So harini dapatlah menari nari atas keyboard. Haha kelakarnya tangan menari -_-
Tak sangka bulan Ramadhan dah datang. Rasa macam baru je tuari berpuasa. Haha.
Okay actually semalam punya semalam aku dengan classmate dikejutkan oleh satu berita yang tak terkejut mane pun kan. Haha!
Beritanya ialah, *drumroll* yesss kendalikan usroh. Sazah Matahari kata f4 banat tak kedepan lagik. Asyik f5 saje. And i was like. Aah lah kan. Lol
Then dengan pantasnya aku menggelengkan kepala tanda untuk tidak mahu melibatkan diri kedepan. But at the same memang teringin gila nak kendalikan usroh. Cukuplah hanya beberapa minit saja bercakap didepan.
Then adalah hamba Allah ni kata tak cukup lagi sorang tah bende. Pastu tambah lagi sorang lagi hamba Allah cakap 'kita nak cabar diri kita sendiri'. Dan guwa macam, 'kita nak join!'
Well, time ni lah nak grab pengalaman dan cabar diri sendiri yang kita ni pun mampu nervous. Hahaha.
And kami punya usroh smalam ialah forum syoknyee ramadhan! Haha. It's all about puasa. We talk about it laterr :p
Disebabkan memang bebetul first time buat forum. guwa pelagii. Malam tu jugak cari bahan sebab esoknya jugak dah kena berforum. Punyelah cari isi kat google. Nasib baik bahan guwa senang je. Takrif puasa dengan hukumnya je pun xD
Dan esoknya bermulalah nervous gila kencang bak taufan yang rancak berpusing. Ok merepek.
First soalan dahlah diajukan kat aku. Perghh lagi ahh. Nak cakap tu rasa gigigigil. Tapi pasrah jelah. Cakap pun pandang kertas. Nak pandang depan kang blank nak jadi hapeee?
But dah lama tu okay sikit la. Tetibe je tak nervous. Haha serabai perangaii~
Okayjom kita throwback ape yang dikupaskan oleh aku time forum semalam :D But point dari panel yang lain ada yang lupa sikit. Maaf ye korang. Kite bukan masuk telinga kanan keluaq telinga kiri. Cuma tak ingat sikit je. Nyehnyehnyeh :p
![]()
TAKRIF PUASA ❀
Dari segi bahasa
Menahan diri daripada sesuatu.
Dari segi istilah
Menahan diri daripada perkara yang membatalkan solat seperti makan dan minum dari terbit fajar hingga terbenam matahari.
HUKUM BERPUASA ❀
Berdasarkan Surah al Baqarah ayat 183 - 185, juga hadith sepakat bahawa,
❛ puasa pada bulan Ramadhan adalah salah satu rukun Islam. Barangsiapa yang mengingkarinya ia kafir. Barangsiapa yang mempercayainya tetapi tidak mengerjakannya tanpa alasan syar'i ia berdosa besar! ❜
YANG WAJIB BERPUASA ❀
Berdasarkan Surah al Baqarah ayat 183 - 185,
❛ yang wajib berpuasa adalah orang Islam yang sudah baligh, berakal, sihat tubuh badan dan bukan musafir. ❜
YANG DIBOLEHKAN TIDAK BERPUASA ❀
✧ Orang sakit yang sudah tidak dapat diharapkan kesembuhannya.
✧ Orang sakit yang bila puasa makin parah sakitnya.
✧ Orang tua / lemah
✧ Wanita hamil yang takut menjejaskan kandungannya
✧ Uzur syarie
✧ Bermusafir
Wajib baginya mengganti puasa sebanyak puasa yang ditinggalkan.
Atau yang benar benar tidak berkemampuan dengan alasan syar'i hendaklah membayar fidyah sebanyak hari puasa yang ditinggalkan.
![]()
Okay done. Fahimtum ?!
Alhamdulillah ~
Harapan saya buat semua umat Islam agak mempermantapkan lagi amal ibadah mereka di bulan Ramadhan ini. Malah lebih mantap dari Ramadhan tahun lepas. InsyaAllah. Sesungguhnya! Pada bulan yang mulia ni, pahala kita akan dilipat lipat lipat gandakan! SubhanAllah, Allah Maha Pemurah.
Hah by the way nak share satu website ni. For me so fun and unic. Sebab? Ada symbol text yang menarik and pelbagai emoji dan banyak lagilah. Keyboard bahasa arab pun disediakan. Display box emoji, symbol text punya color pun boleh tukar. Imagine, display box tu boleh main tukar color. Pergh Memang jakun gila guwa xD But only can change in 5 colors.
Nak try gode gode? Click rainbow cat yang comels nii :p
Setakat tu ini sahaja ye! See ya next post. السلام عليكم
Salam Ramadhan Kareem |