![]() ![]() ![]() ![]() |
Interview Penulisan Artistik
Tuesday, 26 April 2016 | 04:21 | 0 complaints
![]()
Assalamualaikum readers
![]()
Sabtu lepas saya ada interview untuk course Penulisan Artistik dekat UITM Shah Alam. Alhamdulillah semuanya okaaaay!
Mula mula cuak juga. Ingatkan interview kena speaking ke apa. Satgi berbual macam member je elehhhh :p
Adalah juga search google pasal interview course Pen. Artistik ni. Ramaiiiiiii yang share experiance diorang dekat blogger. Ramai juga yang kata, okay jee. Takde susah mane pun. Apapepun, thanks kepada diorang yang sudi share pasal inteview and motif wujudnya course ni. Atleast tau lahh maklumat sikit.
Secara kasarnya, yang saya tahu course ni belajar tentang penulisan. Tak kira penulisan berbentukkan apa. Skrip, novel, cerpen, puisi, sajak, lirik, apa semua tu. But more specific to script and poems.
Bagi saya, nak ambik course ni kena minat. Yes, minat. Kebanyakan calon interview yang saya tanya, diorang ambil course ni sebab minat. Yeaa, saya pun minat juga. Tapi lebih cenderung kepada puisi atau lirik. Teringin juga nak try buat novel dll, tapi macam takde idea laaa hahaha. Selain daripada minat, bakat pun kena ada juga. Penting tuu.
Okay straight to the point--
![]() Saya menegaskan agar dokumen anda hendaklah lengkap semasa interview. Jangan lupa fotostat sijil. Jangan lupa fotostat surut beranak parents. Kalau ada parents yang meninggal, fotostat sijil kematian. Yang dah fotostat tu semua, susun elok elok ikut urutan yang UiTM mintak. Jangan bersepah sepah. Nanti kang leceh sebab kat sana dahla ramai, nanti kelam kabut. Serious. ![]()
Kalau boleh, sehari sebelum nak interview tu study lah apa apa pasal Penulisan Artistik.
Sebab soalan cliche yang interviewer akan tanya tentang pengetahuan kita pasal course ni.
Contohnya macam :
Kenapa minat course ni?
Siapa penulis yang kita minat?
Minat menulis apa?
Ohya pengenalan diri?
Bersedia ke tidakk nak berjauhan dengan family?
dan lain lain.
Kalau betul betull nak course ni, muka kena confident, cakap kena beria.
![]()
Tapi jangan la beria melampau lampau AHAHA
Nak lagi bagus, bawak portfolio! Contoh contoh penulisan yang korang buat. Lagi banyak lagi bagus, nanti dapat bonus marks. Serious.
Tapi jangan terasa hati lahh kalau interviewer just selak selak je tapi tak baca. Cisss. Saya lahtuu mangsa yang kena. Kita punyela fotostat banyak bannyak bagai nak rak siap buat macam scrapbook, dia just selak selak ajee?!
Tapi takpe! Cukup lah dia tahu dan nampak yang kita bebetul ada effort nak ambik course nii.
Markah tambahan di tangan anda! Yeahhh
Yang penting? Usaha + rajin.
Ok then, kenalah ringan ringankan mulut andaaa. Cerita lahh apa yang uolls nak cerita. Nak angkat bakul sikit pun takpe. Sikit je tau jangan banyak banyak hahaha.
![]() Kalau dia suruh perkenalkan diri, jangan berbual macam budak darjah satu. Nama saya blabla. Umur blabla. Tinggal di blabla. Sekolah di blabla. Nama ibu blabla. Nama ayah blabla. Adik beradik ada blabla. Interviewer's face will be like, ![]() Kenalah kreatif sikit. Well, opening mestila dihiasi dengan perkenalkan nama dan benda benda cliche yang lain right. TAPI Ceritalah details sikit. Pasal minat, hobi dan cita cita kita. Contohnya;
Kalau minat, saya minat dalam berpuisi. Memang sejak baby lagi saya sukaaa sangat tulis puisi. Pada mulanya tak adalah minat sangat. Tetapi, ada satu peristiwa yang sangat tragis lagi menyedihkan membuatkan tercungkilnya bakat puisi dalam diri saya. Dan bakat tersebut bertukar menjadi minat. Oh ya, orang yang menjadi inspirasi dalam karya ni ialah bekas kawan saya. Blablabla and so on ..
Manakala hobi, saya suka membaca buku. Tak kisah laa buku apa asalkan buku. Sama ada novel, mahupun komik. Kalau novel, saya lebih tertarik dengan genre fiction. Genre ni sangat bagus, dimana kita boleh berfikir diluar kotak. Benda benda yang orang lain tak terfikirkan! Penulis yang saya minati, Ismi Fa Ismail. Gaya penulisan, inti cerita, dan buah fikiran yang dia hamburkan dalam satu buku sangat sangat berkualiti. Bla bla bla
Cita cita pulak, saya bercita cita nak buat buku sendiri. Buku ape, motif buat buku, harapan, blablablabla ~
Okay senang je kan? Ni lah antara TIPS INTERVIEW PENULISAN ARTISTIK / KREATIF dari saya untuk awaaaakk
![]() ![]()
Masa nak interview tu jangan nervous sangat. Cool je.
Saya pun mula mula nervous jugak. Normal laa, manusia kann?
Masa dah masuk tu, dia suruh perkenalkan diri yang aku ni dok cakap gagap gagap grr
Dah lama lama tu okay jaaa.
Interviewer tu baikkk. Dia banyak terangkan apa motif course ni ape semua.
Lepas habis interview, doa banyak banyak semoga terpilih. Sebab dalam beratus ratus calon, dia pilih beberapa puluh orang je. Banyak banyakkan berdoa lahh. Percaya pada Allah.
Kalau tak dapat, maknanya rezeki kita ada dekat tempat lain.
Kalau dapat, Alhamdulillah and tahniaaahhh !!
![]()
Btw baru je interview kan, sooo belum tau result lagi pun.
Harap harap dapat laa course tu.
Memang terbuka hati sangatt nak belajar course ni sebab curious gila ada belajar ape je.
Memangla ada ramai je yang xplain kat blog diorang pasal course ni. Tapi semua tu tak menjadi kepuasan selagi tak pergi alami sendiri :p
Since dah memang minat dalam penulisan ni kan. Memang berharap jugakla.
Oh ya, btw good luck kepada adik adik yang nak interview penulisan artistik ni. Cehh adik :p
Sampai sini jelah eh. Mohon maaf salah silap saya. Thanks for readinggggg
![]() |